Friday, July 30, 2010

ERTI KEHIDUPAN

Semua manusia, tanpa terkecuali, pasti akan mati. Bila demikian, lalu apa sebenarnya yang akan dituju oleh manusia di alam dunia ini. Apakah manusia hidup semata-mata hanya untuk bekerja, berumah tangga, bersenang-senang dengan harta yang dimilikinya, ataupun berkeluh kesah dalam kemiskinan; kemudian ia lalu mati tidak berdaya? Apakah setelah mati itu ia akan hilang menguap seperti halnya api obor yang padam? Atau, apakah manusia yang dilahirkan dalam “ketiadaan” itu akan mati dalam “ketiadaan” pula? Bila ya, apakah berarti hidup manusia di dunia ini sia-sia belaka? Tentu tidaklah demikian. Allah telah berfirman, bahwa manusia akan terus ada dan tidak akan pernah menghilang atau menguap. Manusia akan menjalani kehidupan abadi di akhirat.

Dengan demikian, jelaslah bahwa sesungguhnya yang dituju oleh semua manusia adalah akhirat! Cepat atau lambat, suka atau tidak suka, semua manusia pasti akan menuju ke sana.

Apakah kalian mengira bahwa Kami menciptakan kalian sia-sia, dan bahwa sesungguhnya kalian tidak akan dikembalikan kepada Kami? (Al-Mu’minun: 115)

Apakah manusia mengira, bahwa ia akan diberikan begitu saja (tanpa pertanggungjawaban)? (Al-Qiyamah: 36)

Sesungguhnya hari kiamat akan datang (dan) Aku merahasiakan (waktunya) agar tiap-tiap diri dibalas dengan apa yang diusahakannya. (Thaahaa: 15)

Dan tidaklah kehidupan dunia ini melainkan senda gurau dan main-main. Dan sesungguhnya akhirat itulah yang sebenar-benarnya kehidupan, kalau mereka mengetahui. (Al-Ankabuut: 64)

Dan sesungguhnya orang-orang yang tidak beriman kepada kehidupan akhirat, Kami sediakan bagi mereka azab yang pedih. (Al-Israa’: 10)

Dan barangsiapa yang menghendaki kehidupan akhirat dan berusaha ke arah itu dengan sungguh-sungguh sedang ia adalah mu’min, maka mereka itu orang-orang yang usahanya dibalasi dengan baik. (Al-Israa’: 9)

Keterangan singkat yang diuraikan di atas, sekilas tampaknya sederhana, namun bila Nanda renungkan baik-baik, makna yang tersirat sangatlah dalam. Pahamilah hal ini dengan baik. Karena inilah fundamen yang paling mendasar untuk dapat menemukan atau mengerti kebenaran hidup yang hakiki.

Tuesday, July 28, 2009

SIFAT,KARAKTER DAN CARA IBLIS MENGGODA

SIFAT,KARAKTER DAN CARA IBLIS MENGGODA

IBLIS mempunyai perangai jahat dan sifat yang sukar untuk difahami kerana karakternya yang gemar mengadu domba dan mengadun cerita batil.Untuk memperolehi gambaran yang jelas tentang watak-watak iblis yang terkutuk itu,kita perlulah mengetahui sifat-sifat semula jadi mereka :

  1. 1. Musuh-musuh Iblis
    1. Rasullullah SAW sendiri.
    2. Orang beriman yang pengasih dan penyayang.
    3. Orang beriman yang suka member nasihat.
    4. Orang beriman yang sentiasa bertaubat di atas dosanya.
    5. Orang beriman yang berakhlak mulia.
    6. Orang beriman yang banyak bersedekah.
    7. Orang beriman yang dapat memberi manfaat kepada orang ramai.
    8. Orang yang beriman yang sentiasa berwuduk.
    9. Orang beriman yang tidak mahu melakukan sesuatu yang haram.
    10. Orang beriman yang mengerjakan solat dengan penuh khusyuk.
    11. Ketua Negara atau pemerintah atau imam yang adil
    12. Orang kaya yang rendah hati.
    13. Peniaga yang jujur dan amanah.
    14. Orang beriman yang beristiqomah dalam membaca al-quran
    15. Orang yang bangun solat di waktu tengah malam sedang orang lain tidur.
  1. 2. Sahabat-sahabat Iblis .
    1. Orang kaya yang sombong.
    2. Peminum arak.
    3. Hakim yang tidak adil.
    4. Peniaga yang tidak jujur.
    5. Orang yang tidak mengeluarkan zakat.
    6. Orang yang meringankan solat.
    7. Orang yang memakan harta anak yatim.
    8. Orang yang beramal kerana nama.
    9. Orang yang suka duduk termenung dan mengelamun.
    10. Orang yang suka duduk termenung dan mengelamun.
    11. Penghasut dan pendengki bilamana orang lain mendapat kesenangan.
  1. 3. Pintu Hati Manusia Yang Dimasuki Iblis.
    1. Putus asa dan kecewa dengan Rahmat Allah.
    2. Memandang remeh pada dosa-dosa kecil.
    3. Angan-angan panjang dan suka kepada puji-pujian.
    4. Bodoh tetapi tidak pula menyedari pula kebodohannya itu.
    5. Memandang rendah pada orang lain.
    6. Merasa gembira bila mendapat pujian dari Allah.
    7. Ketika kita sedang marah kerana marah itu adalah dari bara api neraka.
    8. Sombong,riya dan buruk sangka pada orang lain.
    9. Terlalu cinta dan rakus pada kehidupan dunia ini.
    10. Bersikap Bakhil dengan harta yang diperolehinya.
  1. 4. Rumah Yang Tidak Dimasuki Iblis.
    1. Rumah yang penghuninya saling bermaaf-maafan diantara satu sama lain.
    2. Rumah yang penghuniya berada dalam keadaan bersih dan berzikir kepada Allah.
    3. Rumah yang penghuninya sentiasa menjauhkan diri dari dari melakukan perbuatan tercela.
    4. Rumah yang penghuninya sentiasa merendah diri kepada Allah.
    5. Rumah yang penghuninya tidak melakukan perbuatan haram.
    6. Rumah yang penghuninya sentiasa berbakti kepada ibu-bapa.
    7. Rumah yang penghuninya sentiasa rukuk dan sujud kepada Allah.
    8. Rumah yang sentiasa menghubungkan tali silaturahim
    9. Rumah yang penghuninya sentiasa menjaga hak-hak dan kewajipan terhadap Allah.
  1. 5. 15 Senjata Menghalang Syaitan
    1. Membaca Bismillah(menjadi kunci kepada perbuatan baik)
    2. Banyakkan zikir
    3. Banyakkan beristighfar.
    4. Jangan tidur berseorangan.
    5. Baca doa pagi dan petang.
    6. Bersugi
    7. Melaksanakan solat jemaah
    8. Berwuduk sebelum tidur.
    9. Banyak berselawat keatas Nabi SAW.
    10. ‘Bertaubat,beristighfar
    11. Banyakkan baca Al-Quran dan faham maksudnya
    12. Banyakkan membaca surah yassin dan faham maksudnya.

PERANGKAP-PERANGKAP SYAITAN

PERANGKAP Syaitan adalah semua perbuatan yang menimbulkan dosa dan kemurkaan Allah,yang kelak membawa kebinasaan iaitu neraka jahannam.Golongan yang terjerumus dalam perangkap syaitan adalah golongan yang melakukan dosa disisi Allah sama ada dosa besar mahupun dosa kecil.

  1. A. MENGENALI DOSA-DOSA BESAR.

Para Ulama telah mengkategorikan dosa-dosa besar kepada 17 jenis iaitu :

  1. 1. 4 Perkara Yang Berkaitan Dengan Hati.

i)Mempersekutukan Allah dengan makhluk (syirik)

ii) Berkekalan dalam melakukan maksiat.

iii) Merasa putus asa dengan rahmat dari Allah.

iv) Merasa gembira,seronok serta berlapang dada dengan rencana Allah.

  1. 2. 4 Perkara yang berkaitan dengan lidah.

v) Membuat fitnah terhadap perempuan yang suci telah melakukan zina

vi) Memberipersaksian palsu

vii) Memberi sumpah palsu

viii) Membelanjakan harta saudara seagama dengan jalan yang salah.

  1. 3. 3 Perkara yang berkaitan dengan perut.

ix) Meminum minuman keras

x) Memakan harta anak-anak yatim

xi) Memakan harta riba.

  1. 4. 2 Perkara yang berkaitan dengan kemaluan

xii) Berzina

xiii) Meliwat (Homoseks)

  1. 5. 2 Perkara yang berkaitan dengan tangan

xiv) Membunuh tanpa hak

xv) Mencuri

  1. 6. 1 perkara yang berkaitan dengan kaki

xvi) Lari dari medan peperangan.

  1. 7. 1 perkara yang berkaitan dengan jasad

xvii) Menderhaka terhadap kedua ibubapa dengan tidak menunaikan hak-hak dan tanggungjawab seseorang anak terhadap keduanya.

Kesimpulan .

Itulah antara sifat,karakter dan dosa-dosa yang telah dibahagikan oleh para ulama mengikut panduan hadis-hadis sahih.Kesemua dosa-dosa berkenaan akan mengakibatkan orang yang melakukannya menerima padahnya iaitu dihumbankan ke dalam neraka jahanam.Neraka adalah seburuk-buruk tempat kembali bagi golongan yang gemar melakukan perbuatan dosa.Allahhualam…

Rujukan:

Buku bertajuk PANDUAN MEMAGARI DIRI DARI BURUAN SYAITAN

Pengarang Abdul Majid Hakim ( Pustaka Ilmi)

Tuesday, July 21, 2009

LUASNYA NERAKA

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM, lindunglilah dan peliharakanlah kami,kedua ibubapa kami, isteri kami, anak-anak kami, kaum keluarga kami &semua orang Islam dari azab seksa api nerakaMu YA ALLAH. Sesungguhnya kami tidak layak untuk menduduki syurgaMu YA ALLAH,namun tidak pula kami sanggup untuk ke nerakaMu YA ALLAH. Ampunilah dosa-dosa kami, terimalah taubat kami dan terimalahsegala ibadah dan amalan kami dengan RAHMATMU YA ALLAH......AMIN.....
Luasnya Neraka :.
Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datangkepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaanberubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s.a.w.: "Mengapa aku melihat kau berubah muka?"Jawabnya: "Ya Muhammad, akudatang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orangyg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itubenar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasaaman dari padanya."
Lalu nabi s.a.w. bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam."
Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakanselama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahunsehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitamgelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutusengkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakarpenduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahlineraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan matipenduduk bumi kerana panas dan basinya. Demi Allah yg mengutus engkaudengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalamAl-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawahbumi yg ke tujuh. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang dihujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujungtimur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi,dan minumannya air panas campur nanah, dan pakaiannya potongan-potonganapi. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannyayang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan."
Nabi s.a.w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?"
Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya dibawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun,tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda." (nota kefahaman:iaitu yg lebih bawah lebih panas) .
Tanya Rasulullah s.a.w.: "Siapakah penduduk masing-masing pintu?"
Jawab Jibrail: "Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang ygkafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah. Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim, Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar. Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusibernama Ladha, Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah. Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir."
Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya: "Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?"
Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat." Maka nabi s.a.w. jatuh pingsan ketika mendengar keterangan itu,sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sedar
nabi saw bersabda: "Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat kuyang akan masuk ke dalam neraka?" Jawabnya: "Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu."
Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyangkemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah. (dipetik dari kitab "PeringatanBagi Yg Lalai")
Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiatsedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku. Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:
1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai 11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat
Mudah-mudahan dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua.

PETUA MURAH REZEKI DAN DIJAUHI KESULITAN

Abu Yazid Al Busthami, pelopor sufi, pada suatu hari pernah didatangi seorang lelaki yang wajahnya kusam dan keningnya selalu berkerut.Dengan murung lelaki itu mengadu,"Tuan Guru, sepanjang hidup saya, rasanya tak pernah lepas saya beribadah kepada Allah. Orang lain sudah lelap, saya masih bermunajat. Isteri saya belum bangun, saya sudah mengaji. Saya juga bukan pemalas yang enggan mencari rezeki. Tetapi mengapa saya selalu malang dan kehidupan saya penuh kesulitan?"Sang Guru menjawab sederhana, "Perbaiki penampilanmu dan rubahlah roman mukamu. Kau tahu, Rasulullah SAW adalah penduduk dunia yang miskin namun wajahnya tak pernah keruh dan selalu ceria. Sebab menurut Rasulullah SAW, salah satu tanda penghuni neraka ialah muka masam yang membuat orang curiga kepadanya." Lelaki itu tertunduk.Ia pun berjanji akan memperbaiki penampilannya. Mulai hari itu, wajahnya senantiasa berseri. Setiap kesedihan diterima dengan sabar, tanpa mengeluh. Alhamdullilah sesudah itu ia tak pernah datang lagi untuk berkeluh kesah. Keserasian selalu dijaga. Sikapnya ramah,wajahnya senantiasa mengulum senyum bersahabat.Rupa mukanya berseri. Tak heran jika Imam Hasan Al Basri berpendapat, awal keberhasilan suatu pekerjaan adalah roman muka yang ramah dan penuh senyum.Bahkan Rasulullah SAW menegaskan, senyum adalah sedekah paling murah tetapi paling besar pahalanya. Demikian pula seorang suami atau seorang isteri.Alangkah celakanya rumah tangga jika suami isteri selalu berwajah tegang. Sebab tak ada persoalan yang diselesaikan dengan mudah melalui kekeruhan dan ketegangan. Dalam hati yang tenang, pikiran yang dingin dan wajah cerah, Insya Allah, apapun persoalannya nescaya dapat diatasi.